Rumput sambau
Rumput sambau

Rumput sambau

Rumput Sambau merupakan sejenis rumput tahunan yang berasal daripada famili Gramineae. Rekod awal menunjukkan spesies ini mungkin berasal dari negara seperti China, India, Jepun, Malaysia, dan Tahiti. Nama tempatan spesies ini berbeza-beza mengikut negara. Di Malaysia, spesies ini dikenali sebagai rumput sambau, rumput kaki angsa atau gelang sambau, di Jepun ohishiba, goosegrass di Amerika Syarikat, crowfoot grass di Australia, dan kodai di India (Holm et al. 1997). Nama saintifiknya Eleusine indica.Setiap pokok dilaporkan dapat menghasilkan kira-kira 50,000-135,000 biji dalam satu musim di kawasan penanaman padi bukit tinggi (Soerjani et al. 1987).